KUCHING: Jumlah mangsa banjir di daerah Kuching, Bau dan Siburan meningkat kepada 278 orang daripada 65 keluarga pagi ini berbanding 127 orang daripada 31 keluarga, petang semalam.
Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, setakat pagi ini enam pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka.
PPS Surau Nur Hidayah Kampung Batu Kitang Jaya di Kuching menempatkan jumlah mangsa tertinggi dengan 124 orang daripada 26 keluarga manakala PPS SJK Chuang Hua Batu Kawa, Kuching (76 mangsa daripada 17 keluarga) dan PPS Dewan Serbaguna Batu Kitang Jaya, Kuching (22 mangsa daripada lima keluarga).
Di Bau, PPS Dewan Datuk Seri Mohammad Hamdan, Balai Bomba Bau menempatkan 20 mangsa daripada lapan keluarga dan PPS Balai Raya Kampung Opar menempatkan sembilan mangsa daripada dua keluarga.
Di Siburan, PPS Dewan Serbaguna Kampung Mundai pula menempatkan 27 mangsa daripada tujuh keluarga.
Banjir melanda kawasan Kuching dan Bau selepas hujan berterusan sejak beberapa hari lalu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 01 2023
Di Bau, hujan berterusan menyebabkan seramai 17 mangsa banjir daripada tujuh keluarga dipindahkan ke dua PPS semalam. - Gambar fail BERNAMA
E-sukan negara terima sokongan kerajaan - Ahmad Zahid
Industri e-sukan negara menerima khabar baik apabila Timbalan Perdana Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan bahawa kerajaan akan meneruskan sokongan kepada peserta dan penggiat sukan tersebut.
Lebih 120 mayat rakyat Palestin dijumpai di Kem Jabalia
Lebih daripada 120 mayat rakyat Palestin telah dijumpai daripada runtuhan, dua hari selepas tentera Israel meninggalkan Kem Jabalia di utara Semenanjung Gaza.
Tunai haji tanpa permit: Arab Saudi mula kuat kuasa hukuman
Pihak Keselamatan Awam Arab Saudi mula menguatkuasakan penalti bagi mereka yang melanggar peraturan dengan memasuki kawasan larangan tanpa permit haji, mulai 2 Jun hingga 20 Jun 2024.
"Safari" wukuf di Arafah, "Combat Medicine" di Muzdalifah
Pertempuran 278 petugas perubatan Tabung Haji semasa musim haji akan tempuhi fasa paling kritikal semasa Masyair apabila mereka akan lakukan "Safari" Wukuf di Arafah dan "Combat Medicine" di Muzdalifah.
Saya hanya hilang rumah, barangan tetapi di Palestin lagi teruk
Fatimah Abdullah reda dengan nasib yang menimpa akui dia hanya kehilangan rumah dan barangan tetapi tidak seperti nasib yang dialami rakyat Palestin.
423 kes di Johor sepanjang Mei, rugi RM15.6 juta
Ketua Polis Johor Komisioner Polis M Kumar berkata jumlah berkenaan meningkat berbanding 273 kes dengan kerugian RM6.88 juta dicatatkan pada Mei tahun lepas.
Jiwai, amal roh Islam dalam pembangunan negara- PM
Rakyat dituntut agar kembali menjiwai dan mengamalkan roh Islam dalam apa jua situasi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 2 Jun 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Lebih 100,000 baucar buku ditebus dalam tempoh tiga hari - Fadhlina
Lebih 100,000 baucar buku telah ditebus setakat hari ini iaitu dalam tempoh tiga hari penebusan dibuka bermula 31 Mei lepas, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.
Banjir Sarawak: 1,361 mangsa masih ditempatkan di 12 PPS
Sejumlah 12 PPS yang aktif berkenaan terletak di beberapa kawasan di Kuching, Bau, Serian dan Siburan.
Banjir Sarawak: Jumlah mangsa meningkat kepada 278 orang
PPS Surau Nur Hidayah Kampung Batu Kitang Jaya di Kuching menempatkan jumlah mangsa tertinggi dengan 124 orang daripada 26 keluarga.
Banjir Sarawak: Jumlah mangsa kekal 1,482, amaran hujan berterusan di wilayah utara
Setakat jam 7 pagi, tiga PPS ditutup, menyaksikan 75 mangsa dibenarkan pulang.
Mangsa banjir di Sarawak menurun kepada 1,207 orang
Dua pusat pemindahan sementara juga telah ditutup pada pukul 12 tengah hari Sabtu.
Marudi dilanda banjir, 530 mangsa dipindah
Kesemua penduduk ketika ini selamat serta berada di kawasan tinggi namun lokasi banjir dilaporkan air masih belum surut.
Jumlah mangsa banjir di Sarawak kekal
Setakat pagi ini, dua PPS masih dibuka melibatkan daerah Subis di bahagian Miri.
Helikopter bomba hantar bantuan makanan untuk mangsa banjir terputus hubungan
Bantuan tersebut diagihkan kepada mangsa yang tidak dapat berpindah di sekitar hulu Sungai Mujong.
Bayi antara dipindahkan dalam banjir kilat di Marudi
Keadaan banjir di Marudi yang bermula sejak 27 Jan lalu semakin memburuk akibat hujan berterusan di bahagian hulu.
1,500 anggota Polis Sarawak sedia digerakkan hadapi banjir - Aidi Ismail
Sejumlah 1,500 anggota PDRM di Sarawak sudah bersiap sedia untuk digerakkan bagi membantu orang ramai dalam menghadapi bencana banjir.
Banjir Sarawak: Jumlah mangsa banjir menurun setakat tengah hari Sabtu
Jumlah mangsa banjir di negeri Sarawak mencatatkan penurunan kepada 776 mangsa daripada 199 mangsa berbanding 858 daripada 258 keluarga yang dicatatkan pada jam 8.00 pagi Sabtu.